Pages

Tuesday, May 19, 2015

Mee Kari Air Tangan Ummi

Hai semua!! Harini Kak Entan puasa jadi menu berbuka hari ini "Mee Kari Special Air Tangan Ummi. " Semalam Kak Entan berbuka dan masak Chicken Chop Dan Lamb Chop ( Suami ) . Tapi Lupe ambik pic. Lapar terus ngappp!! He he .. Next Time Kak Entan buat Chicken Chop or Lamb Chop kak entan share ye resepi dan picnyeee :)
Antara Bahan-bahan Yang sempat Kak Entan Ambik Pic

Sepetang Bersama Lebih Baik

Hari Sabtu lepas suami belanja makan kira kak Entan cuti masakla.. Sesekalikan bertukar selera. Hari-hari makan masakan sendiri boringla. Kalau dulu masa arwah mama ada nak makan air tangan orang lain kira ubah tekak ni biasanya balik kampungla. Tapi sekarang ni hampir setiap hari memang masak sendiri sampai hujung bulan dan sesekali macam ni suami ajak keluar makan dengan anak-anak. Best juga salah satu cara mengeratkan silaturrahim. Betul tak?

First time tau try makan restoran ni. OKey jugaklah lauk pauknya. Tak da goreng-goreng semua lauk pauk je. Tapi keistimewaannya landskap cantik dan boleh buat BBQ. Harga lauk pauknya pon okeylah berbaloi makan. Kita orang tau tempat ini pon kawan suami rekemen bagitau. Lokasi? Lokasinya memang kita takkan tau kalau orang tak cakap. Sebab tersembunyi sangat-sangat. Restoran ni letaknya di kawasan Taman Universiti. Kalau anda tau Papa Chop Mama Grill area Taman U, Restoran ini area situ-situ jugaklah tapi masuk ke dalam lagi ... Nama Restoran ini " Asam Pedas & BBQ ".

Friday, May 15, 2015

Friday, April 24, 2015

Tempahan Cikgu Kurung Malaysia

Selamat petang Jumaat.. Apa aktiviti hari ini? Tadi pagi kak Entan dan family bersarapan di kedai.. Kemudian pergi Jusco sekejap dapatkan kasut sukan untuk anak nombor 3. Katanya Sabtu ni nak lumba lari....

Suami pulak sudah bergerak ke Tenggaroh rutin bulanan khuruj 3 hari. Kalini jauh sikit.. Hari Isnin baru balik.. Jadi bila tinggal dengan anak-anak ni simple je lah.. Masak pon biasa-biasa je janji kenyang perut.

Sekarang nak fokus jahit tempahan baju cikgu sekolah anak. Cikgu nak buat kurung Malaysia. Ingatkan berat nak ambil sebab lebih suka ambil kurung biasa je. tapi tak sampai hati.. Cikgu nak hari Isnin.. Moga semua dipermudahkan...

Tuesday, April 21, 2015

Betik Bantu Hitam Rambut

Terdapat cara mudah untuk memastikan rambut tidak cepat beruban.Caranya,manfaatkan biji buah betik dan campurkan ia dengan minyak kelapa.

Ambil 30 biji buah betik dan tumbuk hingga lumat. Selepas itu,campurkan dengan satu senduk minyak kelapa dan gaul hingga rata.Kemudian,sapukan ramuan itu pada rambut dan amalkan sekerap mungkin.


Selamat Mencuba!!!!

Monday, April 20, 2015

Hakikat Kehidupan Hari Ini

Kehidupan Sebenar

Seringkali kita mendamba untuk hidup sebahagia-bahagianya.
Menjalani kehidupan tanpa onak dan duri,
Berjalan dan berlari sesuka hati,
Tanpa melalui jalan yang berliku
Namun hakikat kehidupan tak indah seperti itu..
Hari ini kita bahagia.
esok kita bahagia..
sehinggalah.. satu saat kita dilanda hiba..
Lalu kita tertanya.
Mengapakah kita harus dilanda kesedihan itu.
Mengapa kita harus diberi ujian sebegini.
Begitulah lumrah kehidupan.

Tuesday, April 14, 2015

Petua Atasi Tumit Pecah

Alhamdulillah hari ini nak share petua atasi tumit pecah dengan kelapa dan garam. Cara paling mudah dan murah untuk menghilangkan pecah pada tumit,sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati.

Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. Selepas itu sapukan dengan kelapa bercampur garam sambil menggosok rata.

Kemudian cuci kaki hingga bersih.Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur. Selamat Mencuba!!!