Pages

Monday, April 20, 2015

Hakikat Kehidupan Hari Ini

Kehidupan Sebenar

Seringkali kita mendamba untuk hidup sebahagia-bahagianya.
Menjalani kehidupan tanpa onak dan duri,
Berjalan dan berlari sesuka hati,
Tanpa melalui jalan yang berliku
Namun hakikat kehidupan tak indah seperti itu..
Hari ini kita bahagia.
esok kita bahagia..
sehinggalah.. satu saat kita dilanda hiba..
Lalu kita tertanya.
Mengapakah kita harus dilanda kesedihan itu.
Mengapa kita harus diberi ujian sebegini.
Begitulah lumrah kehidupan.

Kehidupan yang bahagia bukan bererti sebanyak mana kita miliki,
Tapi kebahagiaan kehidupan sebenar adalah sebanyak mana kita boleh memberi,
Kadang-kadang manusia mendabik dada atas apa yang mereka ada 
Sedangkan itu semua hanyalah pinjaman semata-mata
Untuk lihat sejauh mana bersyukurnya kita terhadap apa yang kita ada,
Manusia hari ini lebih gembira melihat manusia lain serba kekurangan
Tapi kekurangan itu sebenarnya adalah lebih baik daripada kebanyakkan yang kita ada.
Kerana membuatkan kita sentiasa berhati-hati dalam setiap tingkah laku
Hidup ini adalah untuk memberi manfaat kepada orang disekeliling,
Bahagianya hidup apabila disekeliling kita ada orang gembira
Bahagianya hidup apabila di sekeliling kita ada orang tersenyum
Bahagianya hidup apabila di sekeliling kita manusia sihat
Bahagianya hidup apabila di sekeliling kita manusia rasa dihargai.
Itulah kehidupan sebenar dan hakiki.
Alangkah indahnya kehidupan sekiranya kita tau sempadan-sempadan,
Kita tau hakikat ikram muslimin
Menunaikan hak orang lain tanpa kita menuntut hak kita
Pasti bahagianya hidup
Muhasabah diri..........................................
Hakikat Kehidupan Sebenar



No comments:

Post a Comment