Pages

Thursday, May 21, 2015

Hidup Adalah Ujian

Bismillah...

Hidup ini adalah UJIAN..
Ujian dari Allah swt untuk menjadikan kita
hambanya yang beriman dan bertaqwa..namun
adakalanya kita melihat ujian itu sesuatu yang
menyakitkan jiwa dan perasaan..rohani kita akan rasa down...
tubuh badan kita rasa lemah,kerana  merasakan ujian itu cukup
sukar untuk kita hadapi dan laluinya.


Namun,sedarkah kita sesungguhnya sesuatu ujian itu bukan hanya
kesusahan.... tapi kesenangan dan kebahagiaan juga adalah suatu ujian dari Yang Maha Esa...

Di sebalik ujian kesusahan dan kepayahan itu adakah kita menjadi hambaNYA yang sabar, redha
dan mengharapkan pertolongan dari Allah atau sebaliknya?  Adapun ujian senang,kaya dan bahagia itu adakah menjadikan kita hambaNYA yang bersyukur dan nikmat-nikmatnya atau sebaliknya?

Begitu juga ujian dlam ketaatan kita kepada ALLAH SWT.. dalam kita melakukan ketaatan mesti ada ujian dan rintangankan...

Lihatlah duhai hati... jika kita ikhlas dan mujahadah dalam ketaatan,kita tidak akan mudah lemah dan lentur ..istiqomahlah dalam bermujahadah.. Kerana kadang ujian yang datang untuk menguji keihklasan hati kita. Dia Maha Mengetahui akan kemampuan hanbaNYA.Ujian itu juga tanda kasih sayang dari ALLAH  SWT.. Dia rindu akan rintihan-rintihan hamba-hamba padaNYA.

Sebagaimana Firman ALLAH SWT dalam surah AL-Baqarah ayat (214) yang bermaksud ;

" Adakah kamu kira kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu cubaan ( ujian )seperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan digoncang dengan pelbagai dugaan,sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersama-samanya berkata . Bilakah datangnya pertolongan ALLAH? Ingatlah! Sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat."

SUBHANALLAH.. Syurga ALLAH SWT itu mahal harganya.. Adakah layak untukku dengan amal yang sedikit ini. Kadang mengeluh dalam ujian..muhasabah untukku terutamanya ... Moga ALLAH merahmati kita semua. Amin..


QURRATU AIN seindah pemiliknya...

No comments:

Post a Comment