Pages

Tuesday, May 19, 2015

Mee Kari Air Tangan Ummi

Hai semua!! Harini Kak Entan puasa jadi menu berbuka hari ini "Mee Kari Special Air Tangan Ummi. " Semalam Kak Entan berbuka dan masak Chicken Chop Dan Lamb Chop ( Suami ) . Tapi Lupe ambik pic. Lapar terus ngappp!! He he .. Next Time Kak Entan buat Chicken Chop or Lamb Chop kak entan share ye resepi dan picnyeee :)
Antara Bahan-bahan Yang sempat Kak Entan Ambik Pic
Masukkan udang dan semua bahan-bahan yang ada

Nampak tak atas dapur tu?

Tarrraa!!! Inilah Dia Mee Kari Kak Entan
Bahan-Bahan ( hidangan untuk 5 orang )

  1. 50g serbuk kari
  2. 400ml air
  3. 3 sudu besar serbuk cili
  4. 6 tangkai daun kari
  5. 5 sudu besar minyak masak 
  6. 250ml santan
  7. 3 ulas bawang besar
  8. halia sebesar ibu jari
  9. 2 bungkus bebola ikan kerat dua
  10. 2 bungkus fish cake
  11. 2 keping tahu di goreng
  12. 1 bungkus mee kuning
  13. Bawang goreng
  14. Timun
  15. Limau kasturi
  16. Garam 
  17. Gula sedikit kalau suka
  18. Ajinomoto
  19. Cili hidup merah atau hijau
  20. Tomato Telur rebus
  21. Taugeh
  22. Udang basah
  23. Sayur sawi
Cara-Cara Penyediaannya 
Panaskan minyak kemudian masukkan kulit kayu manis, bawang merah,bawang putih dan halia yang telah ditumbuk. Kemudian masukkan serbuk kari. Agak-agak dah terbit minyak masukkan sedikit air santan. Kemudian masukkan air dan semua bahan-bahan rencah penyedap rasa. Kemudian masukkan garam,gula, dan ajinomoto mengikut selera masing-masing ye.. Masak sehingga mendidih. Kemudia hudangkan bersama tauhu yang digoreng dan dipotong kecil-kecil, Timun dihiis halus-halus dan taugeh yang dicelur serta taburkan sedikit bawang goreng. Oh ye!! Mee kuning boleh celur asing atau masuk terus dalam periuk.. Ikut mana yang suka .. Selamat Mencuba!!! Maaf kalau ada yang terkurang ye.. Ini ikut selera Kak Entan aje!!!

No comments:

Post a Comment