Pages

Tuesday, May 19, 2015

Mee Kari Air Tangan Ummi

Hai semua!! Harini Kak Entan puasa jadi menu berbuka hari ini "Mee Kari Special Air Tangan Ummi. " Semalam Kak Entan berbuka dan masak Chicken Chop Dan Lamb Chop ( Suami ) . Tapi Lupe ambik pic. Lapar terus ngappp!! He he .. Next Time Kak Entan buat Chicken Chop or Lamb Chop kak entan share ye resepi dan picnyeee :)
Antara Bahan-bahan Yang sempat Kak Entan Ambik Pic

Sepetang Bersama Lebih Baik

Hari Sabtu lepas suami belanja makan kira kak Entan cuti masakla.. Sesekalikan bertukar selera. Hari-hari makan masakan sendiri boringla. Kalau dulu masa arwah mama ada nak makan air tangan orang lain kira ubah tekak ni biasanya balik kampungla. Tapi sekarang ni hampir setiap hari memang masak sendiri sampai hujung bulan dan sesekali macam ni suami ajak keluar makan dengan anak-anak. Best juga salah satu cara mengeratkan silaturrahim. Betul tak?

First time tau try makan restoran ni. OKey jugaklah lauk pauknya. Tak da goreng-goreng semua lauk pauk je. Tapi keistimewaannya landskap cantik dan boleh buat BBQ. Harga lauk pauknya pon okeylah berbaloi makan. Kita orang tau tempat ini pon kawan suami rekemen bagitau. Lokasi? Lokasinya memang kita takkan tau kalau orang tak cakap. Sebab tersembunyi sangat-sangat. Restoran ni letaknya di kawasan Taman Universiti. Kalau anda tau Papa Chop Mama Grill area Taman U, Restoran ini area situ-situ jugaklah tapi masuk ke dalam lagi ... Nama Restoran ini " Asam Pedas & BBQ ".