Pages

Showing posts with label BBQ. Show all posts
Showing posts with label BBQ. Show all posts

Tuesday, May 19, 2015

Sepetang Bersama Lebih Baik

Hari Sabtu lepas suami belanja makan kira kak Entan cuti masakla.. Sesekalikan bertukar selera. Hari-hari makan masakan sendiri boringla. Kalau dulu masa arwah mama ada nak makan air tangan orang lain kira ubah tekak ni biasanya balik kampungla. Tapi sekarang ni hampir setiap hari memang masak sendiri sampai hujung bulan dan sesekali macam ni suami ajak keluar makan dengan anak-anak. Best juga salah satu cara mengeratkan silaturrahim. Betul tak?

First time tau try makan restoran ni. OKey jugaklah lauk pauknya. Tak da goreng-goreng semua lauk pauk je. Tapi keistimewaannya landskap cantik dan boleh buat BBQ. Harga lauk pauknya pon okeylah berbaloi makan. Kita orang tau tempat ini pon kawan suami rekemen bagitau. Lokasi? Lokasinya memang kita takkan tau kalau orang tak cakap. Sebab tersembunyi sangat-sangat. Restoran ni letaknya di kawasan Taman Universiti. Kalau anda tau Papa Chop Mama Grill area Taman U, Restoran ini area situ-situ jugaklah tapi masuk ke dalam lagi ... Nama Restoran ini " Asam Pedas & BBQ ".