Pages

Tuesday, May 26, 2015

Snow Cheese Cake

Bahan Kek

  • 6 biji telur gred B ( 2 daripadanya buang putihnya )
  • 100g tepung superfine (ayak)
  • 60g tepung jagung (ayak)
  • 100g gula kastor
  • 1 sudu teh baking powder ( ayak)
  • 2 sudu teh ovallete
  • 50g air sejuk
  • 75g mentega ( cairkan )

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas kecuali mentega
  2. Putar hingga putih gebu
  3. Masukkan mentega gaul sebati
  4. Bakar selama 45 minit - 1 jam suhu 150 darjah celcius ( ikut oven masing-masing )
  5. Bila dah sejuk potong kek pada 2 
Bahan Filling
  • 250g Cream Cheese
  • 5 sudu besar susu pekat manis
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan,putar sebati
  2. Jika filling nampak sedikit cair,masukkan dalam peti sejuk 10 minit
  3. Setelah itu boleh digunakan
Bahan Hiasan 
  • 1 Ketul Cheese Cheddar (diparut)
Cara Membuat Snow CheeseCake
  1. Ambil 1 keping kek sapu filling di atas kek dan ratakan
  2. Kemudian ambil 1 keping kek lagi dan sapu filling pada seluruh badan kek.
  3. Akhir sekali tabur Cheese Cheddar pada seluruh kek
  4. Simpan kek dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dipotong

No comments:

Post a Comment