Pages

Monday, April 20, 2015

Hakikat Kehidupan Hari Ini

Kehidupan Sebenar

Seringkali kita mendamba untuk hidup sebahagia-bahagianya.
Menjalani kehidupan tanpa onak dan duri,
Berjalan dan berlari sesuka hati,
Tanpa melalui jalan yang berliku
Namun hakikat kehidupan tak indah seperti itu..
Hari ini kita bahagia.
esok kita bahagia..
sehinggalah.. satu saat kita dilanda hiba..
Lalu kita tertanya.
Mengapakah kita harus dilanda kesedihan itu.
Mengapa kita harus diberi ujian sebegini.
Begitulah lumrah kehidupan.

Tuesday, April 14, 2015

Petua Atasi Tumit Pecah

Alhamdulillah hari ini nak share petua atasi tumit pecah dengan kelapa dan garam. Cara paling mudah dan murah untuk menghilangkan pecah pada tumit,sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati.

Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. Selepas itu sapukan dengan kelapa bercampur garam sambil menggosok rata.

Kemudian cuci kaki hingga bersih.Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur. Selamat Mencuba!!!

Sunday, April 12, 2015

Menu Lunch " Sambal Udang, Sayur Lemak Kacang "

Masak apa arini ye kaum ibu di luar sana? Kak Entan masak "sambal udang dan sayur kacang masak lemak" Yang ikan siakap sambal tu suami tempah member. Buat-buat tambahan katanya.. hikhik.. Tak kisahlah janji sedap dan kenyang!!!!

Kalau masak sambal udang mesti partnernya sayur lemakkan? Baru kene tekak.Betul tak? Ini memang lauk kegemaran suamila... Ada sambal ada lemak,ada lemak ada sambal.. Simplekan?

Sunday, March 8, 2015

Personal Class Roman Blind

roman blind
Alhamdulillah semalam Sabtu 7/Mac tercapai hajat nak belajar cara-cara buat langsir roman Blind.Lama dah pasang angan-angan nak belajar cara-caranya.. Alhamdulillah inilah hasilnya...

Semalam pagi Sabtu tepat jam 8:00 am dah bertolak ke Kota Tinggi untuk menghadiri personal class di sana. Singgah sarapan dulu.. Plan asal katanya start pukul 9:30am.. Tapi biasalah kita orang melayu..he he.. janji pukul 9:30am maknanya pukul 10:30am la.. hehe... Masing-masing ada hal sikit.. Pusing-pusing cari rumah pon ye.. Last-last janji jumpa di "Masjid Makam Sultan Mahmood Mangkat Di Julang. " First time sampai di situ...

Tuesday, March 3, 2015

Shopping Langsir Jakel Batu Pahat

Salam semua.. Pagini baru kak Entan free update "cinta patchwork" punye cite. Sebelum ni busy sikit. Tak busy dengan family tapi dengan Shaklee. Shaklee  pon ada blog jugak. Blog "Kedai Keluarga Sihat." Kalau tak da idea menulis,hobi Kak Entan ngedit-ngedit blog. Kelmarin gatal-gatal tangan ngedit,last2 terbuang widget "tittle post yang gerak-gerak tu" Nak cari balik x jumpa dah.. Hahhhha..pengajaran 2 hari lepas ." Jangan gatal-gatal buang tu,edit ni,edit tu" Tapi serius Kak Entan cakap Kak Entan memang suka ngedit-ngedit ni.. Oklah tutup cerita pasal ngedit-ngedit ni.. Sekarang nak share pasal 2 minggu lepas Kak Entan pi Jakel Batu Pahat sebab ikut mertua shopping "langsir raya." Raya? Tak tau raya ke? Rayalah.... Rambang mata betul tengok langsir -langsirnya... Harga pon bolehla.. Kalau dah kata sale tu memang bolehla.. Boleh tak boleh... he he.. Tu nampak tak pic dalam plastik tu? Warna grey tu mak punye. Mak soh jahit letak lace macam tu yang dah siap bersulam..Just jahit cantum sekali dengan badannya nanti.. ( ala yang utama tula.. ) Kak Entan panggil badan.. yang atas tu ada orang panggil "anak" ada orang panggil "lidah" Macam-macam gelaran..hhahhh.. takpelah asal faham sudahla ...

Tuesday, February 10, 2015

Langsir Member Dah siap?

Hari Khamis member hantar rumah nak soh jahitkan langsir rumah.. Okla colornya tema grey walaupon berlainan corak. Bajet 4 hari boleh siapkan tapi busy!busy! je harini baru siap.. Dah siap harini,dapat pulak tempahan langsir dari member lain.. Bilalah nak abis? Tapi takpe rezeki jangan ditolak" tak baik" orang tua-tua cakap. he he.. Saya suka menjahit dan buat bisness Shaklee.. Saya suke tengok botol-botol vitamin tu rasa macam nak telan semua botol-botol tu..hahhha.. Langsir pula saya suka bile lihat hasilnya... Kepuasan saya dapat di situ bila lihat hasil jahitan sendiri.. Shaklee pulak kepuasan saya bile dapat membantu menyelesaikan masalah orang di sekeliling... Bestkan? Tak penat ke buat semua-semua ni? Tipulah x penat.. Penat tapi saya suka sebab bile penat saya senang terlelap kat mana-mana.. Bila busy saya tak melayan perasaan. Bila layan perasaan selalunya banyak kesan buruk datang.. Baik saya membusykan diri dengan kerja-kerja bermanfaat.. Betul tak?

Langsir Eyelet

Last month siapkan tempahan cousin dari Melaka sempena masuk umah baru.. Sanggup tau turun Melaka tolong jahitkan langsir.. special untuk cousin je tau!! Cousin pilih paten 'eyelet'.