Salam semua pembaca budiman, sebagai pengenalan kepada blog ini suka saya perkenalkan diri sebagai Kak Entan sahaja.. Ini blog kedua kak Entan selain Kedai Keluarga Sihat. Tujuan blog ini direka adalah semata-mata berkongsi idea, minat serta aktiviti Kak Entan dimasa lapang terutamanya bersama family dan ketika berseorangan..
Kenapa "Cinta Patchwork" jadi pilihan nama bagi blog Kak Entan? Nak tau kenapa? Kak Entan suka lihat hasil-hasil kerja tangan berunsurkan jahitan patchwork.. Corak-corak kain yang dicantum sangat cantik dipandang mata .. Lebih-lebih lagi minat terhadap bidang jahitan sangat dalam.. Suka lihat hasil jahitan bila siap..
Selain itu,bila lihat corak-corak kain yang pelbagai corak dan warna rasa happy sangat. Bestkan kalau hidup kita seceria corak-corak kain itu? he he ..