Pages

Tuesday, February 10, 2015

Langsir Eyelet

Last month siapkan tempahan cousin dari Melaka sempena masuk umah baru.. Sanggup tau turun Melaka tolong jahitkan langsir.. special untuk cousin je tau!! Cousin pilih paten 'eyelet'.

Wednesday, January 21, 2015

Baju Sekolah

Ermmm.. Harini nak share pic baju sekolah tahun ni kak Entan buat untuk anak-anak.. Suke buat last minute lagi... Bile buat last minute tu baru ada 'feel' kene pressure.. hihi.. Dah kene pressure baru jalan keje.. Betul tak? Okla dalam pic tu Aliah jadi pengawas sekolah agama dan kene pakai uniform tudung pink kain maroon. Durrah sekolah agama baju putih kain biru.. Sekolah pagi pakai uniform kemeja kuning ( pengawas sekolah )

Sunday, January 18, 2015

Dress A Cut

Alhamdulillah... malam ni boleh tarik nafas ..lega sangat.. Hampir sebulan ambik masa nak siapkan baju anak kawan ni.. Bukan suka tangguh tapi tak dapat mood jahit yang sebenar.. hihi.. Lagi satu busy sikit sebelum ni siapkan baju sekolah anak-anak... Dan dateline kawan nak pon 25/1/15. Nak pakai majlis kawen..Lama lagikan?

Baju ni kawan nak pattern A cut ( macam princess gitu ) Awal2 aritu katanya nak letak lace tapi tadi wassap pic ni dia kata x payah .. Dah ok nampaknya "simple dan cantik" Bahagian lengan dia nak cerut macam tu... ala ustazah pulak.. kihkih.. Ikut saja.........

So next projek??? Langsir ........................... Tunggu!!!!

Baju Kurung Sekolah

Alhamdulillah ini pulak baju sekolah tahun lepas.. last minute siap... he he..

Thursday, January 15, 2015

Baju Sekolah Pengawas

Salam.. Ini baju kurung anak kak Entan nombor 2. Tahun lepas dilantik jadi pengawas sekolah. Kak Entan buatkan sehelai kurung ini untuk ganti uniform Pengawasnya ( uniform kemeja kuning kain hijau ).

Alhamdulillah bile siap legaaa... Tapi tahun ini dia tak mau jadi pengawas walau cikgu pilihnya lagi. Tapi adik dia Durrah pulak yang dilantik jadi pengawas sekolah tahun ini... Tapi uniform kemeja beli lain juga sebab tak muat size baju kakaknya tu.. Ermmm...

Baju Kurung Budak

Salam... Ini pulak tempahan daripada guru Madrasah anak Kak Entan di Sinaran Baru,Senai untuk 3 orang anak daranya. Dia pilih tema biru. Dalam masa 4 hari je kak Entan ambik masa untuk siapkan sebab senang sangatkan jahit baju budak-budak. Yang Kak Entan jahit ni baju budak umur 6 tahun, 5 tahun dan 2 tahun.

Bile anak Kak Entan pas baju yang dah siap ni,ustazah tu pon terkejut cepatttnya?? he he.. Actually Kak Entan kejar masa untuk jahit baju anak-anak ( family sendiri ) sebab tu tak boleh buang masa. Masa itukan ' Emas ?' he he..
Tapi itulah kan... bile dah siapkan awal,tup!tup! selang 2h dapat call dari ustazah tu lagi suruh buatkan 3 pasang lagi untuk anaknya. Hahahahhha.. Kan parak kalau siapkan awal? Nampak tak? Tapi itukan rezeki tak baik tolakkan? So Kak Entan terima jugala... hihi.. Alhamdulillah sempat siapkan juga.. Tapi lupe snap picture ... Color tu hijau bunga-bunga... Cantik coraknya..

Koleksi Jahitan Lepas




Salam semua ... Ni pic Safiyyah Sofea anak kak Entan nombor 4. Masa ni raya 2013 x silap rasanya. Time ni Kak Entan decide buat sendiri untuk kain English Cotton ni. Cantikkan coraknya? Kak Entan ni penggemar English Cotton kalau u all nak tau .. he he

Selain mudah dijahit ianya tahan lasak. Memang sesuai sangat untuk kanak-kanak yang memang kita tau mereka selasak-lasaknya.. :)